Thursday, 12 December 2013

hujan bisu

assalammualaikum..ini catatan pertama aku yang benar-benar aku tulis

*sigh*

entah tergerak hati aku untuk menulis disini mungkin sebab rasa dah tak sanggup untuk aku pendam,rasa sakit,pedih..

aku lemah

aku bodoh

aku kalah pada emosi

aku pernah janji pada diri sendiri
"aku tak nak nangis lagi kerana hal yang bodoh"
tapi ternyata aku silap..aku mungkiri janji aku sendiri..air mata aku tumpah juga..banyak kali

*tarik nafas*

aku yang dulu,memang terkenal dengan sikap 'cengeng' aku ni..aku mudah menangis..aku terkenal dekat kawasan kejiranan time kecik-kecik sebagai budak yang cengeng..memalukan?

jawapan tipu : heh,peduli hapa aku

aku cuba ubah diri..bila aku dah dewasa  besar sikit,aku cuba untuk kawal emosi ..kalau aku nangis,aku takkan tunjuk kat orang..aku akan lari masuk bilik atau sorok kat mana-mana tempat

jujur..aku MALU dengan diri aku

aku menangis dalam diam,dan aku cuba senyum pada luar nya


  • itulah 'hujan bisu'

No comments:

Post a Comment