Monday, 30 December 2013

tempat aku menjadi celik , setelah aku BUTA

SEKOLAH...


SEKOLAH...



SEKOLAH...


SEKOLAH...


SEKOLAH...



* eceh , bergema gituh *

Assalammualaikum , أستغفر الله و بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

   Baiklah , tinggal lebih kurang beberapa hari sahaja sekolah nak bermula ( sebenarnya lagi sehari saja) dan kaki aku sudah mula menggeletar . Bukan sebab aku takut , bukan sebab aku nebes ..tapi sebab aku rasa ..rasa..rasa..ok abaikan , susah untuk aku jelaskan . huh

"Apa yang aku rindu tentang sekolah?"

kawan

guru

library

meja

koridor

kantin

SEMUA

ok,tidaklah semua . Dan yang paling aku rindu ialah sesi tenangkan fikiran di laman belakang sekolah .Ya Allah rindunya :3) 

        Ada banyak kenangan suka duka pahit manis masam dekat sekolah . Hal remaja ,biasalah . Bermula dari 'sekolah' aku belajar tentang dunia , belajar untuk berkawan , jalinkan ukhuwah dan aku juga belajar untuk tabah 

bermula dari A B C  hingga aku belajar campur tolak darab ..semuanya bermula dari situ





(rindu nak tengok filem P.Ramlee) ><

Tahun depan aku perlu set azam balik , perbetulkan niat , kuatkan tekad dan perbaiki diri . 

AKU NAK JADI YANG LEBIH BAIK !!

(list untuk tahun depan)

1.study smart 
2.be a good students , friends and daughter
3.ask , dont afraid 
4.remember Allah
5.be a good muslimah 

   "Ya Allah , semoga tahun depan lebih baik berbanding tahun ini . Jadikanlah aku yang lebih baik berbanding hari ni . "


(sekolah,sabarlah menanti kehadiranku)


Sunday, 22 December 2013

kejam

Aku selalu rasa yang aku ni sendirian..sendirian di dunia ini..tiada siapa yang peduli,tiada siapa yang ambil tahu..

Aku merasakan yang dunia ini tidak adil

dunia ini terlalu kejam

aku benci bila lihat 'kekejam dunia' ini

tapi sebaliknya..aku juga kejam dengan dunia,kejam dengan diri aku sendiri..


Aku tidak membenarkan diri aku untuk mengecapi bahagia..
Aku lebih memlilih untuk menangisi nasib diri..
berbanding tersenyum nikmat yang diberi..

Aku kejam..

Friday, 20 December 2013

janji yang dimungkiri

aku manusia biasa..seringkali tewas dengan emosi..aku menangis.. menangis...dan aku menangis lagi..Aku tidaklah sekuat yang dijangka. Sebaliknya aku begitu lemah,mudah tertewas dengan hasutan syaitan..

Seringkali aku menyalahkan takdir..
 "kenapa jadi begini?" "apa salah aku?" "kenapalah nasib aku begini?"

sedih

kecewa

terkilan

itulah yang aku rasa bila aku terima keputusan exam..YaAllah,rasanya perit sungguh..Dan kalaulah waktu itu tiada sesiapa disekelilingku,sudah tentu aku sudah jatuh rebah terjelopok menangis..Memangnya aku sudah teresak-esak pon

aku peluk ibu

aku menangis pada ibu

aku tahu...dia kecewa..kecewa dengan aku..

Ibu tersenyum diluar,tapi aku tahu..jauh disudut hatinya,dia kecewa dengan aku..Aku yang memberi dia harapan, dan aku jugalah yang menghancurkan harapan dia..maafkan aku...

aku teringat janji aku pada ibu dulu

"ibu..alang janji,akan berusaha dapat keputusan cemerlang! Alang akan banggakan ibu"

Namun kini,aku telah mungkiri janji itu..

     Pada hari itu..hari keputusan peperiksaan..entah,aku lansung tak rasa gementar atau berdebar..Tak rasa nebes ke apa..Rilek je

    Macam biasalah,aku selalu lewat dalam semua hal..Datang sekolah masuk dewan pon lewat time semua orang dah duduk pon..Ayah dan ibu pon ikut sekali..Sebenarnya,kalau diikutkan,aku taknak pon diorang ikut..Belum tentu aku dapat keputusan cemerlang..

Macam ayah aku kata..
"belum tentu kau tu naik pentas..heboh je lebih"

pedih..


Dewan penuh,jadi aku ambik keputusan duduk kat luar..Fikiran aku bercampur aduk..Macam-macam yang aku fikir..pasal result,pasal ibu,pasal Shaz..semualah! Yang pasti,aku tak yakin lansung masa tu yang aku akan dapat keputusan cemerlang..

Aku pergi mintak slip dekat cikgu..

mata terasa hangat tiba-tiba..akhirnya..air mata aku tumpah juga

aku gagal penuhi janji..

Bila pandang ibu,dia pun menangis..dia peluk aku,tepuk-tepuk belakang aku sambil kata

"tak mengapa,alang dah cuba yang terbaik..alhamdulillah"

perit rasanya apabila aku mungkiri janji pada ibu..rasa terkilan bila lihat teman-teman lain naik pentas terima hadiah tersenyum girang..

tapi aku tahu....

"takde gunanya aku menangis..dah terlambat"

Aku redha...aku terima,alhamdulillah..aku yakin ada hikmah disebaliknya..Mungkin aku tak berjaya hari ni,tapi nanti suatu hari mungkin Allah akan beri aku kejayaan..aminn..Aku cuba untuk tersenyum..Aku yakin dengan perancanganNya..Allah,kau tahu yang terbaik untuk hambamu

Mungkin Allah tak beri aku keputusan yang cemerlang sebab taknak aku jadi sombong atau riak..siapa tahu bukan?Atau mungkin kerana aku belum cukup usaha..aku akui itu..Aku tak berusaha bersungguh-sungguh..

"Kepada ibu,alang minta maaf kerana tak menunaikan janji alang pada ibu.Betapa tuhan sahaja yang tahu rasa bersalah alang pada ibu..Terima kasih atas doa ibu,terima kasih atas pengorbanan ibu selama ini..Maaf kerana alang hancurkan harapan ibu..Maaf kerana semuanya salah alang yang tak berusaha bersungguh-sungguh..

Ibu..alang tahu ibu sedih  bukan?ibu kecewa bukan?maafkan alang..Mungkin hanya ini rezeki alang..Selepas ini alang akan bangkit dan berusaha lagi..Alang tak mahu berjanji,kerana takut janji termungkiri lagi..doakan Alang semoga peroleh kejeyaan didunia dan diakhirat

Alang mohon..ibu..jangan pernah berhenti doakan alang..

alang sayang ibu..uhibbukillah ibu "








Thursday, 12 December 2013

mendongak ke langit !

assalammualaikum

*tarik nafas*

*betulkan cermin  mata*

hahhh..hari ini tiba juga akhirnya,hari aku akan pergi berkelana..EH ..haha
ya,aku akan bertolak pergi nanti..pergi mana?tak yah laa aku bagitau . Bukannya ada yang nak tau pun . hahahahambarr..

kalau nanti naik kereta kuda aku paling suka duduk tepi tingkap..sebab apa?

sebab aku suka tengok langit

tengok awan

tengok burung

tengok pokok

semualah !


*oh indahnya,subhanallah:)

bila tengok langit je hati aku tenang..rasa macam bebas ! macam BURUNG ! ya

itu apa yang aku rasa

ada orang kata "jauh perjalanan,luas pemandangan" dan tentulah aku setuju dengan statement tu 200% sebab memang benar lagi jauh kita berjalan,lagi banyak yang aku dapat lihat..

Dengan melihat keindahan alam ni pon kita boleh tingkatkan iman kepada Allah..eh kenapa pulak?

*senyum*

"alam yang indah ini kan ciptaan Allah,takkan tak kagum kot?"

Dari situ aku boleh lihat kebesaran dan kekuasaan Allah..Dia yang cipta langit dan bumi,laut dan tumbuh-tumbuhan..subhanallah ! Orang yang berfikir,akan tertanya-tanya 'oh siapakah pencipta bumi ini?siapakah pentadbir dunia ini?' sudah semestinya bukan patung-patung bisu


“Allah swt menerima kalian ketika hidup di dunia ini, agar memperhatikan alam ciptaan Allah, karena kelak di akhirat Allah swt akan memperhatikan kesempurnaan zat-Nya." 





sedar

*angkat kepala*

*kelip-kelip mata*

*tarik nafas*

*senyum*

*lap hengus*

k,aku rasa semakin baik..terima kasih Ya Allah . ingatlah , Allah takkan menguji hambaNya melebihi kemampuan..aku hanya perlu yakin :)


 "Maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji ALLAH SWT itu benar..."
(Al-Mukmin : 55)


        Tak perlu menangis atau bersedih sekiranya apa yang berlaku tidak seperti yang dihajati . Siapa tahu , mungkin sebenarnya Allah dah sediakan yang lebih baik pada masa hadapan?


*percaya atau tak beginilah muka anda kalau menanges*


kiut kan? ahaks


       haha,tahu pon burok muka kalau nanges,tapi nanges jugak! ok ok tarik nafas . Aku juga manusia biasa , memang tak terlepas daripada nafsu , kekadang aku tewas kekadang aku menang (namun memang selalunya tewas pun) 

masih lagi nak nanges?

masih lagi nak sobs sob sana sini?

ok,menangislah..tapi biarlah kerana Allah..menangis kerana takutkan Allah,menangis kerana risaukan dosa-dosa lampau . (oh terlampau laa banyak!) 

      kenapa kita (aku) selalu tewas dengan nafsu,tewas dengan godaan,tewas dengan emosi? salah siapakah? 

ya,salah aku,kau,mereka,kita

kerana apa? Kerana iman kita tipis senipis kulit bawang . Kita mudah tergoda (dan aku juga semestinya)  ..jadi mari kita tukarkan kulit bawang tu dengan kulit yang lebih tebal dan bermutu seperti kulit buaya ,hahahahambar
 
mantapkan akidah

kuatkan iman

controlkan nafsu

hoyeah^^


hujan bisu

assalammualaikum..ini catatan pertama aku yang benar-benar aku tulis

*sigh*

entah tergerak hati aku untuk menulis disini mungkin sebab rasa dah tak sanggup untuk aku pendam,rasa sakit,pedih..

aku lemah

aku bodoh

aku kalah pada emosi

aku pernah janji pada diri sendiri
"aku tak nak nangis lagi kerana hal yang bodoh"
tapi ternyata aku silap..aku mungkiri janji aku sendiri..air mata aku tumpah juga..banyak kali

*tarik nafas*

aku yang dulu,memang terkenal dengan sikap 'cengeng' aku ni..aku mudah menangis..aku terkenal dekat kawasan kejiranan time kecik-kecik sebagai budak yang cengeng..memalukan?

jawapan tipu : heh,peduli hapa aku

aku cuba ubah diri..bila aku dah dewasa  besar sikit,aku cuba untuk kawal emosi ..kalau aku nangis,aku takkan tunjuk kat orang..aku akan lari masuk bilik atau sorok kat mana-mana tempat

jujur..aku MALU dengan diri aku

aku menangis dalam diam,dan aku cuba senyum pada luar nya


  • itulah 'hujan bisu'