aku manusia biasa..seringkali tewas dengan emosi..aku menangis.. menangis...dan aku menangis lagi..Aku tidaklah sekuat yang dijangka. Sebaliknya aku begitu lemah,mudah tertewas dengan hasutan syaitan..
Seringkali aku menyalahkan takdir..
"kenapa jadi begini?" "apa salah aku?" "kenapalah nasib aku begini?"
sedih
kecewa
terkilan
itulah yang aku rasa bila aku terima keputusan exam..YaAllah,rasanya perit sungguh..Dan kalaulah waktu itu tiada sesiapa disekelilingku,sudah tentu aku sudah jatuh rebah terjelopok menangis..Memangnya aku sudah teresak-esak pon
aku peluk ibu
aku menangis pada ibu
aku tahu...dia kecewa..kecewa dengan aku..
Ibu tersenyum diluar,tapi aku tahu..jauh disudut hatinya,dia kecewa dengan aku..Aku yang memberi dia harapan, dan aku jugalah yang menghancurkan harapan dia..maafkan aku...
aku teringat janji aku pada ibu dulu
"ibu..alang janji,akan berusaha dapat keputusan cemerlang! Alang akan banggakan ibu"
Namun kini,aku telah mungkiri janji itu..
Pada hari itu..hari keputusan peperiksaan..entah,aku lansung tak rasa gementar atau berdebar..Tak rasa nebes ke apa..Rilek je
Macam biasalah,aku selalu lewat dalam semua hal..Datang sekolah masuk dewan pon lewat time semua orang dah duduk pon..Ayah dan ibu pon ikut sekali..Sebenarnya,kalau diikutkan,aku taknak pon diorang ikut..Belum tentu aku dapat keputusan cemerlang..
Macam ayah aku kata..
"belum tentu kau tu naik pentas..heboh je lebih"
pedih..
Dewan penuh,jadi aku ambik keputusan duduk kat luar..Fikiran aku bercampur aduk..Macam-macam yang aku fikir..pasal result,pasal ibu,pasal Shaz..semualah! Yang pasti,aku tak yakin lansung masa tu yang aku akan dapat keputusan cemerlang..
Aku pergi mintak slip dekat cikgu..
mata terasa hangat tiba-tiba..akhirnya..air mata aku tumpah juga
aku gagal penuhi janji..
Bila pandang ibu,dia pun menangis..dia peluk aku,tepuk-tepuk belakang aku sambil kata
"tak mengapa,alang dah cuba yang terbaik..alhamdulillah"
perit rasanya apabila aku mungkiri janji pada ibu..rasa terkilan bila lihat teman-teman lain naik pentas terima hadiah tersenyum girang..
tapi aku tahu....
"
takde gunanya aku menangis..dah terlambat"
Aku redha...aku terima,alhamdulillah..aku yakin ada hikmah disebaliknya..Mungkin aku tak berjaya hari ni,tapi nanti suatu hari mungkin Allah akan beri aku kejayaan..aminn..Aku cuba untuk tersenyum..Aku yakin dengan perancanganNya..Allah,kau tahu yang terbaik untuk hambamu
Mungkin Allah tak beri aku keputusan yang cemerlang sebab taknak aku jadi sombong atau riak..siapa tahu bukan?Atau mungkin kerana aku belum cukup usaha..aku akui itu..Aku tak berusaha bersungguh-sungguh..
"Kepada ibu,alang minta maaf kerana tak menunaikan janji alang pada ibu.Betapa tuhan sahaja yang tahu rasa bersalah alang pada ibu..Terima kasih atas doa ibu,terima kasih atas pengorbanan ibu selama ini..Maaf kerana alang hancurkan harapan ibu..Maaf kerana semuanya salah alang yang tak berusaha bersungguh-sungguh..
Ibu..alang tahu ibu sedih bukan?ibu kecewa bukan?maafkan alang..Mungkin hanya ini rezeki alang..Selepas ini alang akan bangkit dan berusaha lagi..Alang tak mahu berjanji,kerana takut janji termungkiri lagi..doakan Alang semoga peroleh kejeyaan didunia dan diakhirat
Alang mohon..ibu..jangan pernah berhenti doakan alang..
alang sayang ibu..uhibbukillah ibu "