pepagi air mata aku dah tumpah . Macam perr je
Air mata aku sekarang terasa sangat murah lagi jualan murah . Mudah sangat menangis sebab hal yang bodoh dan sia-sia . Aku rasa malu pada diri sendiri dan malu pada Allah . Kenapa aku masih tak boleh move on?
semalam
time latihan
"Nazu,try kau buka baca blog (nama) .."
"kenapa?"
"kau buka jelaa"
"adakah aku akan menangis kalau aku baca?"
"....."
"dayah..?"
"mungkin"
Dan terbukti ..aku menangis .Lagi
soooo,ini actually pasal hati jiwa raga dan segala bagai phuih phuih tulaa . Aku seharusnya berterima kasih pada Hidayah yang suruh aku baca blog tu . Aku tahu niat dia baik . Dia nak aku sedar , dia nak aku lupakan (nama) ..
"Kau kena lupakan dia . Dia bukan laki yang baik ,dia dah ada awek weh . Kau akan jumpa orang yang lebih baik . soon . InsyaAllah . Aku tahu susah tapi sekarang bukan masanya"
"susah weh . Aku cuba"
Aku cuba untuk lupakan . Aku senyum . Aku gelak . Aku mengilai (hoho) . Aku melalak and yadaa yadaa yadaa . Aku still tak berubah . Aku mungkin tak menangis didepan orang , tapi aku menangis didalam hati .Aku menangis time malam-malam buta . Aku menangis dalam tidur
Aku sedar aku jahil dulu , dulu aku tak tahu kapel tu haram . Tapi sekarang alhamdulillah aku sedar dan sememangnya perkataan tu aku taknak wujud dalam hidup aku lagi .
Tapi perasaan tu...
payah woi
nak lupakan tu..
susah woi
Aku tak tahu kenapa aku suka dia . Tu lagi kes parah
namun hingga saat ini , aku memang sudah menjadi orang asing bagi dia . Aku bukan sesiapa bagi dia .
Itu..agak melegakan
Aku tertanya-tanya , adakah dia pernah walau sekali ingat pada aku?
Adakah walau sekali dia mendoakan aku dalam solatnya?
Kerana aku selalu mendoakannya . Aku anggap dia sahabat aku (walaupun bagi dia tidak) . Aku doakan dia berubah dan temui bahagia dia
"Ya Allah, bahagiakanlah orang-orang yang aku cintai.."
Sebelum aku mengejar cinta manusia , cinta Allah yang perlu aku kejar dulu . Jannah itu yang perlu aku lumba lari marathon dulu ...kannn?
Jadi sekarang aku sedang menunggu putera dengan kuda putihnya datang membawa aku kesyurga! (nampak gedik ke?Ampun!)
(senyum)
"eh saudara/saudari ! Ya awak saudara/saudari . Buat masa ini , cinta Allah yang perlu dikejar , cinta Allah yang perlu dicari . Apalah guna pakwe/makwe semua ini kalau itu sekadar menjadi batu sebagai bahan bakar di neraka nanti?"
aku nak move on . Lupakan dan Lepaskan .
kamonbebeh
Assalammualaikum (peace yaw)

