Sunday, 2 February 2014

memujuk

bismillah ..

*tarik nafas*

aku tak pandai memujuk

aku tak biasa dipujuk

Conclusion nya, aku tak tahu (tak pandai) memujuk . Cara apakah yang perlu aku guna untuk memujuk? Sungguh mungkin aku biasa memujuk namun selalunya pujukan aku tu tak berhasil pon . Tak de bakat agaknya , haha.

*betulkan spec*

      Sejak kecil aku belajar untuk pujuk hati aku sendiri (sehingga sekarang mungkin?) Bila rasa sedih atau terpinggir aku pujuk hati supaya sabar . Aku katakan pada diri

"Hey , jangan jadi cengeng!"
"woi , muka kau hodoh kalau nangis weh!"
"weh , tarik nafas..hembus..tarik lagi..hembus" 
 "lek lu..lek lu..watlek watpeace je der"

      Haha , time kecik-kecik mungkin aku memang dah biasa dipujuk memandangkan puan ibu cerita yang aku ni budak cengeng , kuat menangis (-.-) ok, malu . Tetapi bila dah besar (sikit) aku belajar untuk pujuk diri sendiri .

...Sebabnya aku sedar tak ada sesiapa yang akan pujuk aku ..lagi

      Bila aku rasa nak menangis aku lebih senang menangis sendiri . Berkali-kali aku pujuk diri , aku katatan "aku okey , aku okey" walau hakikatnya perit sangat .  Time tu terasa seolah seluruh dunia tak memahami . Terasa sendiri . Terasing .
   
      Sama juga hakikat bila aku memujuk seseorang . Orang lain hanya mampu memujuk dan mengatakan yang semuanya akan baik-baik saja namun aku tahu peritnya itu hanya dirasai oleh yang dipujuk itu . Tiada siapa yang boleh faham kecuali Allah .

       Ada masa , ketika memujuk aku cenderung untuk memberi harapan palsu . Aku mengatakan yang semuanya akan okey walaupun aku tahu perkara itu takkan terjadi . Salahkah beb? Entahlah . Aku tidak rasa ianya hanya harapan palsu . Hidup ini penuh dengan harapan . Dan harapan itu merupakan satu doa . Tak salah bukan kalau aku memberi harapan?

Harapan yang buat orang hidup beb 

        Kalau dulu aku sentiasa merasa sendiri dan terasing , namun sekarang aku merasa 'hidup' . Aku tak sendiri . Aku ada Allah ! :'D Ayat-ayatnya memujuk aku tanpa sedar .

       Jika kau merasa sedih , putus asa , atau futur , dongaklah kelangit . Lihatlah betapa luasnya Alam ini sama luasnya dengan nikmat yang dikurniakanNya . Allah mengetahui segalanya termasuk isi hati aku , Allah mengetahui jika aku merasa tidak kuat .

 Allah tak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan kita..



"Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring , (sama sahaja keadaanya kepada Allah) , kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada"
[67:13] almulk


Jadi aku hanya mampu mengatakan , 

Sahabat ,bersabarlah . Kerana sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar




*sigh*

bisikan hati : Anggun akan berpindah . Ya Allah kuatkanlah hati aku . Semoga Allah menjaga mu sahabat :')

assalammualaikum (peace yaw)


Wednesday, 29 January 2014

move on

Allahuakbar T.T
pepagi air mata aku dah tumpah . Macam perr je

Air mata aku sekarang terasa sangat murah lagi jualan murah . Mudah sangat menangis sebab hal yang bodoh dan sia-sia . Aku rasa malu pada diri sendiri dan malu pada Allah . Kenapa aku masih tak boleh move on?

semalam
time latihan

"Nazu,try kau buka baca blog (nama) .."

"kenapa?"

"kau buka jelaa"

"adakah aku akan menangis kalau aku baca?"

"....."

"dayah..?"

"mungkin"

Dan terbukti ..aku menangis .Lagi

soooo,ini actually pasal hati jiwa raga dan segala bagai phuih phuih tulaa . Aku seharusnya berterima kasih pada Hidayah yang suruh aku baca blog tu . Aku tahu niat dia baik . Dia nak aku sedar , dia nak aku lupakan (nama) ..

"Kau kena lupakan dia . Dia bukan laki yang baik ,dia dah ada awek weh . Kau akan jumpa orang yang lebih baik . soon . InsyaAllah . Aku tahu susah tapi sekarang bukan masanya"

"susah weh . Aku cuba"

    Aku cuba untuk lupakan . Aku senyum . Aku gelak . Aku mengilai (hoho) . Aku melalak and yadaa yadaa yadaa . Aku still tak berubah . Aku mungkin tak menangis didepan orang , tapi aku menangis didalam hati .Aku menangis time malam-malam buta . Aku menangis dalam tidur

Aku sedar aku jahil dulu , dulu aku tak tahu kapel tu haram . Tapi sekarang alhamdulillah aku sedar dan sememangnya perkataan tu aku taknak wujud dalam hidup aku lagi .

Tapi perasaan tu...

payah woi

nak lupakan tu..

susah woi

Aku tak tahu kenapa aku suka dia . Tu lagi kes parah

namun hingga saat ini , aku memang sudah menjadi orang asing bagi dia . Aku bukan sesiapa bagi dia .

Itu..agak melegakan

Aku tertanya-tanya , adakah dia pernah walau sekali ingat pada aku?

Adakah walau sekali dia mendoakan aku dalam solatnya?

Kerana aku selalu mendoakannya . Aku anggap dia sahabat aku (walaupun bagi dia tidak) . Aku doakan dia berubah dan temui bahagia dia

"Ya Allah, bahagiakanlah orang-orang yang aku cintai.."


Sebelum aku mengejar cinta manusia , cinta Allah yang perlu aku kejar dulu . Jannah itu yang perlu aku lumba lari marathon dulu ...kannn? 

Jadi sekarang aku sedang menunggu putera dengan kuda putihnya datang membawa aku kesyurga! (nampak gedik ke?Ampun!)





(senyum) 


"eh saudara/saudari ! Ya awak saudara/saudari . Buat masa ini , cinta Allah yang perlu dikejar , cinta Allah yang perlu dicari . Apalah guna pakwe/makwe semua ini kalau itu sekadar menjadi batu sebagai bahan bakar di neraka nanti?"

aku nak move on . Lupakan dan Lepaskan .

kamonbebeh

Assalammualaikum (peace yaw)


Friday, 24 January 2014

beramai-ramai menjadi SUPERMAN


what?WHAT? superman? s u p e r m a n? eh biaq betoi aku ni . Gila kah? Mereng kah? Tetiba je nak jadi superhero.

aku gila? oh tidak !

aku mereng? oh tidak !

Tidak salah jika aku ingin menjadi superhero . Superhero pada keluarga , pada kawan-kawan , pada awek pakwe , dan paling utama jadi hero pada diri sendiri

apa tugas superhero ek?

-tegakkan keadilan

-hapuskan segala kejahatan

-dan jadi bergaya lagi menawan

gituh?

oh, apa lagi ya?

       Adakah seseorang superhero itu perlu badan tegap bergaya? Apakah seseorang superhero tu perlu pakai seluar kecik dekat luar? Adakah cukup bersandarkan dengan wajah yang kacak dan alatan yang canggih untuk menjadi superhero?

(geleng kepala)

oh tidak , oh bukan . Superhero yang sebenar tak perlukan badan yang tegap untuk melawan . Superhero yang sebenar tak perlu memikirkan soal bergaya atau tidak . Malah, superhero yang sebenar tidak memerlukan kita untuk terbang pon!

'ek?kalau tak boleh terbang mana boleh jadi superhero daaa!' -orang awam

haha . Yang menjadikan kita superhero itu adalah apabila kita ada...


KEYAKINAN DIRI ! 

KEYAKINAN DIRI !

KEYAKINAN DIRI !

KEYAKINAN DIRI ! 


(echo gituhh)

      Jadilah superhero pada diri sendiri . Fight untuk diri sendiri . Tugas superhero untuk lawan kejahatan bukan? nahh..itulah tugas kita . Fight dengan diri elak dari buat benda-benda jahat tu .

contoh :

"eh rasa nak curi laa telur ayam kak bedah tu . Kepingin masak scramble egg ni " jangan ! LAWAN!

"cis ! tak guna punya si polan tu . Aku nak belasah dia ! " jangan ! LAWAN !

"ewwww..huduhnya si Nazurah tu ...dah laa poyo ,bajet pulak tu..ewww " 
Jangan ! LAWAN KUASA DUA !

       Kejahatan disini sekarang berpunca dari nafsu . Nafsu marah , nafsu makan , nafsu jeles dan bermacam-macam lagi . (geleng kepala) Aku pon kekadang selalu tewas dengan nafsu sendiri . Bagaimana mampu kita lindungi dunia dengan kejahatan sedangkan nafsu diri sendiri pon kita tak mampu control? Tapi aku mengaku juga , setiap manusia juga punya kelemahan . Sama seperti superman yang lemah dengan krytonipe (eh betul ke aku eja?)

oh nooo!!

so? Apa perlu aku buat? 

Jom jadi superhero !

"fight for ummah , run for jannah"


*up up and away!*







assalammualaikum (senyum) 

-superman-taylor swift-

Friday, 3 January 2014

Berubah

Assalammualaikum

garu kepala, garu hidung , selak rambut , betulkan duduk , betulkan spec

ok line clear ,selesa

haha ,kenapa pulak aku blank ni? Rasa tak tahu nak menulis apa . Padahal punyalah tadi semangat tiba-tiba muncul toink toink nak update blog . haktuih sungguh . Ok mujurlah mood aku sedang elok sepoi-sepoi bahasa lagi . Alhamdulillah

Baiklah , apa yang aku cuba nak story dekat sini ialah tentang 'berubah'

ada orang kata

"kau dah berubah weh , kau dah berubah"

"aku dah tak kenal kau yang sekarang .Aku nak kau yang dulu"

(tarik nafas , hembus)

Sahabat...aku berubah menjadi yang lebih baik atau yang lebih teruk ? Jika kau rasa aku berubah menjadi lebih teruk ,aku minta maaf( k,apalah guna aku minta maaf disini kalau dia tak baca pun --') Lantak lah , ni blog aku kan? huha

Mungkin ada yang kata aku terlampau terburu-buru . Mungkin ada orang kata aku hanya berpura-pura baik . Mungkin ada yang kata ,aku ni kolot poyo bagai

ketahui lah , aku mungkin poyo , aku mungkin terburu-buru , aku mungkin hanya berpura ..tapi semua itu memang aku cuba ikhlaskan diri untuk berubah

kau suruh aku tunggu,jangan rushing

tapi aku rasa aku tak boleh

aku takut mati beb , gila cuak

"aku takut aku tak sempat dan aku mati dalam keadaan aku masih yang dulu"

so,aku sangat sangat perlukan pertolongan dan sokongan kau sahabat. Bantulah aku , bimbinglah aku , temanilah aku , tegurlah aku ..heret lah aku sekali masuk syurga . Kita sama-sama lumba lari masuk syurga 

   Itulah yang dikatakan 'sahabat' sebenar . Sahabat sejati tu hang takleh beli dengan wang ringgit (atau kad kredit) dekat kedai runcit . Sahabat sehati tu hang tak leh pajak gadai dekat kedai emas uncle wong . Sahabat sejati tu hang cuma akan dapat bila hang betul-betul memahami maksud 'sahabat' tu

conclusion: masa merubah manusia .
aku ingin berubah 
dan untuk itu
aku tak boleh lakukannya sendiri
aku perlukan kau
(ya kau) 
sahabat