*tarik nafas*
aku tak pandai memujuk
aku tak biasa dipujuk
Conclusion nya, aku tak tahu (tak pandai) memujuk . Cara apakah yang perlu aku guna untuk memujuk? Sungguh mungkin aku biasa memujuk namun selalunya pujukan aku tu tak berhasil pon . Tak de bakat agaknya , haha.
*betulkan spec*
Sejak kecil aku belajar untuk pujuk hati aku sendiri (sehingga sekarang mungkin?) Bila rasa sedih atau terpinggir aku pujuk hati supaya sabar . Aku katakan pada diri
"Hey , jangan jadi cengeng!"
"woi , muka kau hodoh kalau nangis weh!"
"weh , tarik nafas..hembus..tarik lagi..hembus"
"lek lu..lek lu..watlek watpeace je der"
Haha , time kecik-kecik mungkin aku memang dah biasa dipujuk memandangkan puan ibu cerita yang aku ni budak cengeng , kuat menangis (-.-) ok, malu . Tetapi bila dah besar (sikit) aku belajar untuk pujuk diri sendiri .
...Sebabnya aku sedar tak ada sesiapa yang akan pujuk aku ..lagi
Bila aku rasa nak menangis aku lebih senang menangis sendiri . Berkali-kali aku pujuk diri , aku katatan "aku okey , aku okey" walau hakikatnya perit sangat . Time tu terasa seolah seluruh dunia tak memahami . Terasa sendiri . Terasing .
Sama juga hakikat bila aku memujuk seseorang . Orang lain hanya mampu memujuk dan mengatakan yang semuanya akan baik-baik saja namun aku tahu peritnya itu hanya dirasai oleh yang dipujuk itu . Tiada siapa yang boleh faham kecuali Allah .
Ada masa , ketika memujuk aku cenderung untuk memberi harapan palsu . Aku mengatakan yang semuanya akan okey walaupun aku tahu perkara itu takkan terjadi . Salahkah beb? Entahlah . Aku tidak rasa ianya hanya harapan palsu . Hidup ini penuh dengan harapan . Dan harapan itu merupakan satu doa . Tak salah bukan kalau aku memberi harapan?
Harapan yang buat orang hidup beb
Kalau dulu aku sentiasa merasa sendiri dan terasing , namun sekarang aku merasa 'hidup' . Aku tak sendiri . Aku ada Allah ! :'D Ayat-ayatnya memujuk aku tanpa sedar .
Jika kau merasa sedih , putus asa , atau futur , dongaklah kelangit . Lihatlah betapa luasnya Alam ini sama luasnya dengan nikmat yang dikurniakanNya . Allah mengetahui segalanya termasuk isi hati aku , Allah mengetahui jika aku merasa tidak kuat .
Allah tak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan kita..
"Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring , (sama sahaja keadaanya kepada Allah) , kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada"
[67:13] almulk
Jadi aku hanya mampu mengatakan ,
Sahabat ,bersabarlah . Kerana sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar
*sigh*
bisikan hati : Anggun akan berpindah . Ya Allah kuatkanlah hati aku . Semoga Allah menjaga mu sahabat :')
assalammualaikum (peace yaw)
.jpg)